
Peristiwa
Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
Disini dayah
juz nak kongsi pembacaan yg dayah dpt d internet..sekiranya ada kesalahan mohon
perbetulkan...sama2 kita menghayati peristiwa di sebalik tarikh 27 rejab & thanks pada yg punya coretan d bawah nie sbb sudi mengsharekan nya..dayah juz post balik apa yg penulis tu tulis....semoga apa yg dayah kongsikan nie berjaya menambahkan ilmu org yang sudi meluangkan masa membacanya...^_^
1.
Sebelum berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj,
· Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada /
perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il.
· Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam,
dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya.
· Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke
dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan
dengan “khatimin nubuwwah”.
·
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama
Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang
dinamakan “Israk” itu.
2.
Semasa peristiwa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
· Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A.
W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil.
·
Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat
yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya
berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan
ialah:
i.
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana
Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu
tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah.
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan)
ü Dalam perjalanan itu juga
baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung
dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil
tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula
seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh
Jibrail : Itulah
kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700
kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W.
diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah
(tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk
bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh
Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun
sebagai Tuhan).
-
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan,
kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan
berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk
sujud (sembahyang).
-
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan
secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api
dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat
harta mereka.
- Satu
kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan
daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina
sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
-
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
-
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih
menerima amanah yang lain.
- Satu
kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi
berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti
biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri
tidak melakukannya.
- Kaum
yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia
(mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
-
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur).
Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
-
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
-
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti.
Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke
tua.
-
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
· Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun
dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua
rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
· Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa
Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu
diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu
dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3.Semasa peristiwa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus
Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga.
Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke
pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan
Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian
dapat melihat orang-orang
yang makan riba` dan
harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan
buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.
Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail
naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S.
dan Nabi Yahya A. S.
iii.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu
dengan Nabi Yusuf A. S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v.
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima.
Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi
oleh kaumnya Bani Israil.
vi.
Langit Keenam: Naik
tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.
S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat
baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa
hisab.
vii.
Langit Ketujuh: Naik
tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim
Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa
kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan
berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu
dha’if, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga
iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim
A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga
itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah
HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM.
Bagi orang yang membaca
setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat
beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
Baitullah di Mekah).
viii.
Tangga Kelapan: Di
sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air
yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah,
daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata
yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi
oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai
Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan
melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.
Tangga Kesembilan: Di
sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk
di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang
lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya
sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki
ibu bapanya.
x.
Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W.
T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah
dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah
S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah :
Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia
kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud
kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan
kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan
Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat
dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan
menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah
S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai
berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan
kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang
tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir
surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan
habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi
munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang
lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh
(waktu) sembahyang.
4.
Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S.
kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu
kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu
sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima
waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari
semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
p/s: tidakkah kita sebagai umat nabi Muhammad patut bersyukur????
5.
Selepas peristiwa Mikraj
·
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula.
· Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu
menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.
· Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan
beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan
Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada
malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber
: Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya,
peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang
diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk
kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara
yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang
memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi
keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada
kekuasaan-Nya.
Seandainya
peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar
kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai
kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam
(apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di
zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan
memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa
Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau
kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan
bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi
Wasallam.
Mafhum
Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya
pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami
berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari
tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER:
&
No comments:
Post a Comment