CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 8, 2011

Assalamualaikum...

arinie juz nak share some petua yg dpt kat internet sal nk ilangkan parut jerawat n bg kulit lagi cerah n licin...atas sbb ia senang nk buat la sy post kat cinie tuk kwn2 amik tip2 nie..hope enjoy it^_^


Parut Berlekuk:


  • Ambil sebiji timun, buang kulitnya. Kisar dan tapiskan airnya. Ambil hampas dan tempelkan pada muka. Tunggu 1/2 jam dan bersihkan.
  • 2 helai daun sireh muda dikisar dan di tempelkan pada parut. Tunggu hingga kering dan bilas.
  • Ambil segenggam Daun Pengaga bersama akarnya sekali dan kisar lumat. Campurkan dengan sedikit campuran tepung beras (1 camca teh tepung beras dilarutkan dengan 3 sudu makan air). Lumurkan dan biarkan semalaman.

*Amalkan 3 kali seminggu



Parut Hitam atau Berwarna:

  • 5 helai daun cekur dikisar halus dan dicampur dengan (1 camca teh penuh tepung beras dicabancuh dengan 2 sudu besar air). Satukan dan ratakan pada bahagian parut. Biarkan semalaman. Amalkan selalu.


Petua Mencerah, Menghalus dan Melicinkan kulit:

  • Satu biji buah tomato masak dicampur 1 camca teh susu tepung. Lenyekkan dan perlahah lahan gosokkan pada muka dan leher. Lihat sahaja hasilnya. Lakukan 3-5 kali seminggu.


  • 1/2 genggam kacang hijau dicampur 1/2 genggam kacang dhal, rendam semalaman. Keesokan harinya dikisar bersama yogurt. Ratakan pada muka dan leher, tunggu kering dan bilas. Lakukan seberapa kerap yang boleh.

  • Sebiji timun dibuang kulitnya dikisar, tapiskan. Ambil airnya sapu pada kulit muka dan dibiarkan 20min. Bilas dengan air bersih.

  • 1 biji sengkuang dan 1 biji karot dikupas. Rendam segenggam beras untuk 3 malam. Kesemua bahan ini dikisar halus. Sapukan pada muka setiap hari untuk 20-30minit dan bilas.

  • Semasa tanak nasi dan apabila nasi hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi(cecair likat). Lumurkan pada muka dan leher sewaktu masih suam. Biarkan kering dan bilas.

  • 1 biji kentang, buang kulit dan campur dengan 1 biji kuning telur. Lumurkan pada muka dan bila kering terus bilas bersih dengan air suam.



suke kat post nie? LIKE jer!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*da countdown of the birth of Shukri&Kelsom's daughter*

Daisypath Happy Birthday tickers
 
~Copyright@segala yang tercatat diatas adalah milik DAyAHShUK~