
Pagi yg penuh barakah nie...dayah nak kongsi pembacaan yg dayah dpt
masa belajar dulu & di internet berkenaan
merawat hati kita kita yg terluka @ sakit...
byk kaedah sebenarnya dan terpulang pada individu itu sendiri
bagaimana nak memastikan hati kita kembali mjdi hati yg sihat,bersih..
ececeh...jom dayah kongsi tips sikit..
bg yang berminat la yeep...
Menangis- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan
yang terbaik adalah dengan menangis.
Maybe kita akan kelihatan sangat2 teruk untuk beberapa hari,
yelakan da menangis buruk bebenor la rupanya..
tp pedulikan sume tu janji kita puas sbb hati kita akan sedikit terubat.
Teruskan dengan tangisan tetapi
jangan sampai mengambil masa yang terlalu lama.
Tengok result slpas beberapa hari kita menangis,
pasti ada sesuatu perubahan yg berlaku dlm diri kita or kehidupan kita..
cthnya la kan...
tetba kita akan bercakap sendiri dalam hati...
“kenapa ak menangis mcm org bodoh ni..
dah no more tears..hurt feeling..no more!!! Bangkit tuk lawan sakit tu...”
SEE???
kita sendiri yg mampu nasihat hati kita...
rawat hati kita..bukan insan lain..
percaya la cakap dayah nie..
xelok dipendam saja dalam hati kita sbb
ianya akan terbuku dan mungkin akan bertambah sakit
sbb ia xpernah or cuba dirawat oleh insan yg rasa tu...
Luah la perasaan tu pada orang yang benar2 kita percaya.
JANGAN pendamkan perasaan sehingga
ia mampu untuk mempengaruhi kita
melakukan tindakan yang tidak sepatutnya atau
yg mungkin membahayakan diri kita.
Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri,
lebih 80% bersetuju bahawa mereka
tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain.
Antara alasan mereka adalah kerana
tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan
tidak mahu menyusahkan orang lain.
Tengok bertapa ramai yg memilih untuk bersikap berdiam diri,
jgn dipandang rendah soal hati ni...
syaitan tu ada dimana2 jgn smpai dia boleh mempengaruhi kita..
sbb tu pentingnya insan@sahabat@kawan yg ada
si samping kita saat kita memerlukan...
jgn malu untuk meluahkan...
duk memikirkan mengenai kesedihan or sakit hati kita tu.
“Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran kita”.
Tak kan kita nak terus menangis untuk jangka masa setahun atau lebih?
pasti tak nak kan.
Sebab tu elok kalau kita pikirkan perancangan
yang sepatutnya dilakukan daripada
memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami.
Tinggalkan kesedihan yang dialami
dan jadikannya sabagai pencetus motivasi
untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.
“kita kena bersedia sebab hidup ni bukan selalunya gembira..
bukan selalu kita di atas..
kdg2 ALLAH uji kita dan
pastinya ujian itu kita mampu untuk hadapinya..
itu janji ALLAH...
Zikir- ini merupakan langkah yang sgt2 berkesan..
kenapa???
sebab dengan menyebut kalimah2 suci..
insyAllah hati kita akan berasa damai..tenteram..sejuk...
Nie antara zikir yang mampu merawat hati kala duka
“hasbunallahu waniqmal wakil”
Maksudnya : cukuplah ALLAH untuk(menolong) kami,
dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadanya segala urusan kami)
(Surah Al-Imran:173)
Tip2 pendek yang lain antaranya:
- Sentiasa bermuhasabah diri..sentiasa igt kalau kita mghadapi mslh ini skrg.. ramai lagi yang lebih teruk diuji oleh ALLAH s.w.t...
- Kalau bergaduh atau org terumpat keji kita smpai kita nak marah(sbb hati sakitkn)..bersemuka dgn orang tersebut..cakap sebaik mungkin..gunakan bahasa yg baik,sopan..bincang leklok..jgn dlayan emosi kita sbb syaitan akan bersorak puas tgk kita bergaduh..
- Yg last sekali..banyakkan bersolat sunat,mengaji,b’zikir dan berdoa kepada ALLAH..mohon padanya agar rawat hati kita ni dgn cahaya petunjuk dariNya..seikhlas hati kita memohon padanya..insyAllah Allah akan membantu..
p/s : sume tips tu dayah dapat dari org yg bg ceramah tyme blaja dulu n dayah rujuk jgk lam internet...kalau xbetol or xserasi dengan korang..arap maap ea..sbb dayah da cuba sume langkah kat atas and ianya berhasil!!!
Thanks 4 reading
sumber dari internet : http://www.top5reason.com/index.php/3-cara-merawat-hati-yang-luka/