CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 2, 2011

Kek KAremel

assalamualaikum...
entry kali ni dayah nak kongsi satu resepi...kek karemel...xde la pandai sgt membuatnya...cuma teringin nak cuba ble tgk org buat mcm cantik n sodap jew...first tyme try mmg cedap sbb kek nie gebu n lembut... mmg mengancam laa..jom tgk cara nak membuat kek nie n layan gamba skali yea..^_^

bahan-bahan :-

Gula Hangus 
2 sudu besar gula pasir



Bahan Karemel
1/2 tin susu cair 

70g gula castor                           

1/2 sudu teh esen vanilla

3 biji kuning telur



Bahan adunan kek 1
70 gm gula kastor
3 biji telur kuning

135ml air 

45ml minyak masak



Bahan adunan kek 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder




Merinque  

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning

70g gula castor

1 sudu teh krim tar2



cara menyediakan kek karemel :
Untuk gula hangus
·         Cairkan gula dalam loyang atas api perlahan.
·         Biarkan gula hancur dan warna b’tukar m’jadi perang.
·         Biar gula sejuk.


Untuk karemel
·         Kacau susu dan gula sehingga gula hancur.
·         Kacau telur dan esen perlahan.
·         Satukan kedua2 bahan tersebut dan kacau (rata perlahan aje)
·         Kemudian tapiskan adunan tersebut ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.
*sekiranya hendak  mendapatkan lapisan karemel yg tebal, gandakan sukatan susu dan kuning telur. 


Adunan kek bahan 1

·         Pukul telur kuning, minyak dan air sehingga gebu dan b’tukar menjadi warna putih.
·         Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga naik sekali ganda.


Adunan kek bahan 2
·         Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
·         Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.Ketepikan.


Merinque
·         Pastikan kesemua peralatan dalam keadaan kering
·         Pukul putih telur hingga berbuih
·         kemudian, masukkan gula dan krim tartar dan putarkan mixer dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (untuk pastikan adunan merinque da btol2 jadik, cuba terbalikkan bekas adunan putih telur, sekiranya tidak jatuh, ianya da btol2 merinque la tu...)
·         Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
·         Gaul rata secara kaup balik
·         Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Cara mendeko kek tu supaya jadik belang2..
·         Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
·         Letakkan pewarna yang berlainan di setiap adunan tersebut

·         Untuk mendapatkan kek yang berbelang2, mula2 tuang 3 sudu lapisan warna pertama, kemudian 3 sudu lapisan kedua di tengah-tengah lapisan pertama. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan ke-3 di tengah-tengah lapisan ke-2.
·         Ulang step diatas sehingga 3/4 adunan, kemudian buat cara yg sama tetapi dengan 2 sudu pula.
·         Akhir sekali dengan satu sudu.
·         Setelah siap membelang2kan adunan kek tadi, untuk mencantikkan lagi kek...lorekkan atas adunan dengan lidi.


Kaedah membakar kek..
·         Panaskan oven terlebih dahulu.
·         panaskan pada suhu 170 ©C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven,tukar pada suhu 160©C
·         Gunakan api bawah sahaja. 
·         Gunakan kaedah pembakaran secara “steam bath”.
-        iaitu, tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
-        Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
-        Letakkan pada rak bawah dalam oven.
·      Bakar kek pada suhu 160 ©C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
·      Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.

·      Selepas masak, kalau boleh biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.(dayah xbuat pn sbb xsabar nak makan...hehehe)
·      Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
·      Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
·      Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
·      Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

suke kat post nie? LIKE jer!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*da countdown of the birth of Shukri&Kelsom's daughter*

Daisypath Happy Birthday tickers
 
~Copyright@segala yang tercatat diatas adalah milik DAyAHShUK~